Thursday, 27 August 2015

Kisah benar tentang percintaaan sepasang kekasih



Kisah percintaan mereka bermula di sebuah university.  mereka bertemu pada hari orentasi yang bertarikh 11/07/2014. Pada malam itu si jejaka tersebut mencuba untuk memikat hati si gadis tersebut, lalu si jejaka pun memberanikan dirinya untuk tegur si gadis dengan keberanian si jejaka tersebut untuk menegur dan meminta nombor telefon si gadis itu, si gadis tersebut memberikannya dengan ikhlas. Pada hari itu, si jejaka belum lagi memulakan langkah untuk memikat gadis tersebut. Selang beberapa hari si jejaka memberanikan diri untuk memulakan perbicaraan mereka melalui mesej simpanan ringkas (SMS) lalu si gadis pun membalas. Selepas daripada perbualan tersebut, mereka menjadi semakin rapat dan rapat, si jejaka mula merasa cinta, sayang dan kasih terhadap gadis itu. Lalu si jejaka memulakan langkah untuk menjadikan hubungan kawan kepada bercinta. Lalu si jejaka pun meluahkan isi hatinya terhadap si gadis tetapi si gadis berfikir panjang mungkin kerana si gadis takut untuk dipermainkan tetapi si jejaka tetap berusaha kerana dia tau gadis tersebut mampu mengubah hidupnya dan mampu membahagiakannya. Setelah si gadis mendengar segala luahan hati si jejaka, si gadis pun menerimanya dengan berjanji untuk menjaga hatinya sebaik mungkin maka si jejaka pun menerima janji tersebut. Selepas mereka bercinta selama 1bulan lebih, si jejaka telah melupakan janji mereka dan si jejaka telah jarang menghubungi si gadis tersebut tetapi si gadis tetap setia pada si jejaka kerana si gadis terlalu menyanyangi jejaka itu. Setelah beberapa lama, si jejaka dapat merasai kasih sayang yang tercipta antara mereka berdua dan si jejaka pun kembali menghubungi si gadis seperti pertama kali mereka berhubung. Pada semester kedua, mereka berdua kerap bersenam bersama-sama seperti berjogging. Mereka akan pergi jogging bersama2 mula jam 5.55 hingga maghrib. Selepas dari itu, mereka sudah mula rapat semula dan merindu yang tidak dapat di luahkan, boleh dikatakan setiap hari mereka akan luahkan perasaan rindu masing-masing. Selang beberapa bulan mereka menjalinkan hubungan. Si gadis telah berfikir dan bertanya kepada si jejaka untuk bertunang, lalu si jejaka pun menerima dengan gembira kerana pertama kali si jejaka menerima permintaan untuk bertunang dari perempuan. Si jejaka yakin yang keputusan mereka itu betul. Lalu pada tarikh 02/01/2015 si lelaki menjadikan si gadis tunangnya dengan sendirinya, si jejaka ingin merisik si gadis mengikut adat islam dan bukannya adat melayu yang memerlukan orang ramai untuk merisik dan membawa dulang. Bagi si jejaka cukuplah pertunangan itu sah di sisi agama islam biarlah bila dah bernikah nanti baru mengeluarkan belanja yang banyak. Sejak dari hari tersebut mereka sangat bahagia, setiap kali cuti mereka akan balik ke kampung bersama-sama kebahagiaan mereka sangat tidak dapat ditunjukkan hanya mereka dan allah s.w.t sahaja yang tahu. Tetapi dalam masa mereka bertunang, telah banyak dugaan yang mereka hadapi, tetapi mereka cuba untuk selesaikan masalah tersebut dengan baik. Telah beberapa kali mereka hampir untuk putus tunang tetapi mereka berusaha untuk mempertahan kan pertunangan mereka, kerana mereka tahu bahawa dugaan masa bertunang sangat besar kerana masa bertunang itu la kita akan mengenal pasangan kita dengan lebih mendalam. Sehingga hari ini mereka masih bersama dan mereka telah lalui banyak dugaan, betul kata orang “jika mahu hubungan kekal kita perlu mampu untuk menghadapi masalah dan dugaan dengan lebih arif dan menyelesaikannya bersama-sama dengan betul” setiap masalah dapat diselesaikan jika kita menghadapi bersama-sama dan menyelesaikannya dengan cara yang betul. Kita perlu bersama pasangan kita tidak kira diwaktu susah mahupun senang. Bukan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan baik, ia memerlukan seseorang antara setiap pasangan untuk mengalah. Ingat mengalah bukan bererti kita ni salah atau pun tidak menegakkan apa yang seharusnya kita tegakkan tetapi kadang-kadang kita harus mengalah untuk kebahagiaan kita dan pasangan kita. Adakah kita ingin beperang dingin dengan pasangan kita setiap hari,setiap masa, setiap saat?? Jika ada pertekingkahan dalam perhubungan jangan la sama2 tidak mahu mengalah, kerana apabila api bejumpa dengan api ia akan menjadi semakin marak. So kena la ada seseorang antara kita menjadi air untuk memadamkan api tersebut.
Sampai sini sahaja yang saya mampu sampaikan kepada anda. Hanya insan yang tahu cerita ini sahaja akan tahu siapa kah jejaka dan gadis tersebut. Sama-sama kita mendoakan agar pasangan si jejaka dengan si gadis bertahan sehingga ke syurga AMIN….

No comments:

Post a Comment