Saturday, 7 November 2015

Assalammualaikum wbt… hari ini saya ingin menceritakan tentang seorang lelaki yang sangat bodoh. Lelaki ini bodoh kerana dia telah membuat hati seorang perempuan yang dia sayang sakit, kecewa, terluka. Perempuan itu terlalu sayang dengan lelaki itu, tetapi lelaki itu tidak pandai untuk menjaga hatinya. 1 tahun 5 bulan sudah mereka bersama, perempuan itu telah banyak berkorban untuk si lelaki tetapi si lelaki tidak pernah memikirkan perasaan si perempuan. Si lelaki ini selalu membuat janji dengan si perempuan ini tetapi si lelaki tidak dapat untuk tunaikan. Bukannya dia ingkar janji dia, tpi kita tahu yang kita hanya mampu merancang, allah yang tentukan si lelaki ini telah berusaha untuk menuanikan janjinya dengan si perempuan tetapi ada sahaja halangan yang menimpa diri si lelaki sampai si lelaki tidak dapat untuk menunaikan janjinya. Tetapi si lelaki ini telah menghadiahkan satu patung yang diinginkan si perempuan selama ini. Si lelaki ini bekerja untuk mendapatkan duit semata-mata untuk membeli patung yang diinginkan perempuan itu. Tetapi si lelaki tidak memberitahu si perempuan yang dia bekerja. Dia memberitahu si perempuan yang patung itu adalah duit kasut yang dia order tetapi kasut itu tidak jadi untuk dia beli. Dia mau menghadiahkan perempuan itu patung dengan duit dia sendiri, lelaki itu bekerja menjual burger selama sebulan. Dia tahu yang perempuan itu akan marah bila dia tidak beritahu kemana dia pergi. Tapi dia tahan demi menghadiahkan patung itu kepada perempuan yang paling dia sayang. Dia sayang perempuan itu seperti mana dia sayang akan emak dia, dia sanggup buat apa sahaja untuk melihat perempuan itu bahagia. Patung itu dia hadiahkan sempena hari jadi perempuan itu, tetapi dia lambat untuk beri kepada perempuan itu sebab patung itu dia order. Setelah perempuan tersebut menerima patung itu, perempuan itu sangat gembira smpai tidak tahu mahu cakap apa lagi. Perempuan itu telah menganggap patung itu sebagai kawan rapatnya kerana setiap kali si lelaki buat masalah mesti dia akan mengadu dengan patung itu dia amat sayang akan patung itu. Sebenarnya si lelaki ini sangat sayang dengan si perempuan itu, tetapi si perempuan tidak dapat rasa apa yang si lelaki itu buat. Apa yang si lelaki itu buat adalah untuk membahagiakan si perempuan. Sampai satu masa, si lelaki ini berjanji akan datang ke kampung si perempuan itu untuk berjumpa keluarganya bila lessen kenderaannya siap. Tetapi halangan kita tidak tahu betul. Maka si lelaki itu tidak dapat datang pada awalnya kerana lessen dia tidak siap lagi. Lalu si lelaki berjanji akan datang ke kampung si perempuan setelah siap sahaja lessen dia. Tiba-tiba si perempuan marah dan mengamuk kerana dia menyangka si lelaki tidak akan datang, lalu dia marah si lelaki tersebut dia ingin memutuskan hubungan mereka berdua, tetapi si lelaki berkeras untuk tidak mahu putus hubungan dengan perempuan itu. Tetapi si perempuan tetap juga ingin berpisah, alas an perempuan itu adalah dia terlalu merindu dan dia kecewa kerana si lelaki terlalu banyak berjanji dan tidak di tepati. Sebenarnya si lelaki lagi rindu dengan si perempuan sehinggakan tiap malam dia menanggis mengingati si perempuan. Hanya baju dan bantal warna merah yang diberikan oleh si perempuan itu yang menemani malam-malam sepinya dia peluk,dia cium untuk melepaskan rindu terhadap perempuan itu. Tetapi si perempuan tidak tahu perasaan si lelaki macam mana. Kalau boleh lelaki itu ingin balik ke kampung perempuan itu dengan menaiki bas, tetapi si lelaki fikir yang dia telah janji dengan adik perempuan itu yang dia akan membawa adik perempuan itu untuk mandi manda. Jadi dia putuskan untuk ke sana dengan menaiki kenderaannya supaya dapat tunaikan dua janji iaitu janji dengan si perempuan dan janji dengan adik si perempuan. Satu hari, si perempuan telah berkata bahawa yang dia benci dengan lelaki itu, dia muak, dia menyesal kenal dengan lelaki itu. Tetapi lelaki itu sudah tidak ada perasaan akan makian dan hinaan perempuan itu kerana dia terlalu sayang akan perempuan itu. Dia tidak kisah kalau orang cakap dia bodoh atau apa pun. Mungkin bagi lelaki lain akan fikir kenapa masih sayang perempuan macam itu, tapi bagi dia perempuan itu adalah separuh dari jiwanya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan perempuan itu kerena terlalu banyak kenangan yang indah telah mereka cipta bersama. Lalu bagi memuaskan hati si perempuan si lelaki ikutkan sahaja kemahuan si perempuan kerana takut si perempuan mencederakan dirinya bila si lelaki tidak buat apa yang dia suruh. Tapi dalam hati lelaki itu dia terlalu sayang akan perempuan itu. Dia yakin akan kuasa Allah S.W.T. yang dia akan bersama dengan perempuan itu satu hari nanti. Jika masa dapat di ulang lelaki itu akan tunjukkan semua kasih sayang dia terhadap perempuan itu tapi dia tahu yang itu tidak akan terjadi. Kadang-kadang kita harus berkorban untuk orang yang paling kita sayang, biarkan dia pergi mungkin suatu hari nanti dia akan balik dengan kamu semula..
Sampai sini sahaja luahan hati seorang lelaki, harap si perempuan dapat membaca dengan hati. Kerana si lelaki menulis cerita ini dengan ikhlas dan hati yang sedih. SEKIAN TERIMA KASIH….


Dipetik dari hati seorang lelaki yang bernama HIDAYATULLAH BIN LADIRI. 

No comments:

Post a Comment