Gejala
Sosial / Masalah Remaja / Masalah Pelajar
/ Jenayah
Pengenalan
Banyak yang
telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial
telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat
begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang
dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris
negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat
perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali
menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih
bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada
masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan
remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang
individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi
fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah
kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah
kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya
datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang
mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah
laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam
kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa Mereka bukan sekadar nakal dengan
menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah
gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas
serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani
melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti
kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan
senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah ,
minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti
ini bukan sahaja berlaku di sekolah bandar dan di pinggiran bandar,
malah di sekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau
salah laku sekolah digelar pelajar devian.
Masalah-Masalah
Sosial Pelajar
i Seks Bebas Dan Jenayah Seksual
Seks bebas dan
jenayah seksual dalam kalangan pelajar kini semakin menular dan
membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota.
Penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13. Seorang guru
disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui
kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di
Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan
mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja
perempuan dalam aktiviti maksiat juga satu lagi petanda bahawa keruntuhan
akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan
bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre
(KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana
mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman
keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan
terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam
pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan
apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu merupakan ketua pengedar pil ecstasy di sekolah
itu. Ibu bapa hendaklah menjadi
pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media
massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan lucah
seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah
laku anak-anak dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris
kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi
dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah
para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada
gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber",
melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan
sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja.
Justeru , satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai
dengan minat dan cita rasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat
mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih
positif.
ii.
Samseng Dan Gengsterisme
Gejala samseng
atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara semakin membimbangkan .Mereka
ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak
takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata
merbahaya.. kita diperlihatkan
pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat
seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat
juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata
api, menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian
membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar
sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah
ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang
sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah
rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan
jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran
dadah dan juga rompakan senjata api.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya
gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah,
persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar
dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran
keseronokan dan mula tersesat dengan meniru perkara yang dilihat
dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada
pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran
mereka. Selain itu, rumah tangga yang porak peranda dan
persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kelakuan tidak baik dalam
kalangan remaja .Pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan
menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada
permasalahan mereka.
iii. Ponteng Sekolah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggJQV3JsaD184gI9JGxy7AcglQ6mkRzPudYojU0s3N_e1m6niA6nStH70WdOLTFEsoXh2dmHVaIC8xR5aoQle0UewkztoIkg99LQ7AiEFA6InCR8PrPbGev8b5WmWbIauPg3ThF2_NsX8/s1600/s3.jpg)
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita.. Pelajar sekolah menengah, terutama pada peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Masalah ponteng lebih ketara berlaku dalam kalangan pelajar peringkat menengah terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar. Antara faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng dalam kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat beli belah, melayari Internet di kafe siber dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya.
iv. Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpslHL3owZBT1LsRG5-s8VzKtwYWEC0-Cy2cpVVng1UVIDIuLeod27yjBl3pQUHn32DeQF1s51hByf_LYsEX5TxFQEvK5ArjOLP3sB03LG0PO_1TrrL01MlihpkmM4kQnFaQDppkxfN1Y/s320/229.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjT7k_4nNl75TFBZ36cjgS4AIvTLtgHk6O9zWLE6-MGTsOEcGv-JaZavzEutvgVuS7NCH5qkjIgre8TOQKUPGuOWrOkbs1EkLo9OII6u9gVLcsl5KARmAoEymI2shTM_UopUcIhiHjLDtU/s1600/b0710d181e279c77dd14451328d40a8c.jpg)
Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Antara dadah yang dikesan dalam kalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.
Penutup
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikI5w8k70Ktoa_ok8deCquZXkfdwKtJTc9xRKy_7nrX03tmJvZ-w5jDt2OiXCvw4VcCtlfSG7_jo6s4gAGtn3HXHS730ZA6n2EqqGO6sSlBm2nYnL_WsCMCKJscDBnkJ1SNGavHtWy5Yw/s1600/dadah1.jpg)
Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhanny ialah masa depan negara dan generasi Malaysia.. Disebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu, pelajar perlu didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar dan remaja ialah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dalam kalangan remaja salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkzTYLY4PgxK41tr6C3d_1fOh7OcqQTZ52oVUX5MucBR_gzpiMrvNEa5R2Axi333m3rcW4z982pGZTOWk_zyK-bGRAHq8Wo6M6LQ9E6QQ4xO02oau6d0WzoYwzYONEUAU82c8_YyHQOqk/s320/rokok-haram.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihL8-6Wse9tnVWCqnj2_fkf2mdSg5Djh8JtTE_3bY5jbAHkqFxpJxA0tCZ9tcAQk_Eamisdq80hPIusdwBT6roGNxPeAtJIWu3JMrb00WTddMGP2DkUzeFu9elM6QrXafXBsDqpHjKWC4/s320/rempit2.jpg)
No comments:
Post a Comment