Assalammualaikum
wbt… hari ini saya ingin menceritakan tentang seorang lelaki yang sangat bodoh.
Lelaki ini bodoh kerana dia telah membuat hati seorang perempuan yang dia sayang
sakit, kecewa, terluka. Perempuan itu terlalu sayang dengan lelaki itu, tetapi lelaki
itu tidak pandai untuk menjaga hatinya. 1 tahun 5 bulan sudah mereka bersama,
perempuan itu telah banyak berkorban untuk si lelaki tetapi si lelaki tidak
pernah memikirkan perasaan si perempuan. Si lelaki ini selalu membuat janji
dengan si perempuan ini tetapi si lelaki tidak dapat untuk tunaikan. Bukannya
dia ingkar janji dia, tpi kita tahu yang kita hanya mampu merancang, allah yang
tentukan si lelaki ini telah berusaha untuk menuanikan janjinya dengan si
perempuan tetapi ada sahaja halangan yang menimpa diri si lelaki sampai si
lelaki tidak dapat untuk menunaikan janjinya. Tetapi si lelaki ini telah
menghadiahkan satu patung yang diinginkan si perempuan selama ini. Si lelaki
ini bekerja untuk mendapatkan duit semata-mata untuk membeli patung yang
diinginkan perempuan itu. Tetapi si lelaki tidak memberitahu si perempuan yang
dia bekerja. Dia memberitahu si perempuan yang patung itu adalah duit kasut
yang dia order tetapi kasut itu tidak jadi untuk dia beli. Dia mau
menghadiahkan perempuan itu patung dengan duit dia sendiri, lelaki itu bekerja
menjual burger selama sebulan. Dia tahu yang perempuan itu akan marah bila dia
tidak beritahu kemana dia pergi. Tapi dia tahan demi menghadiahkan patung itu
kepada perempuan yang paling dia sayang. Dia sayang perempuan itu seperti mana
dia sayang akan emak dia, dia sanggup buat apa sahaja untuk melihat perempuan
itu bahagia. Patung itu dia hadiahkan sempena hari jadi perempuan itu, tetapi
dia lambat untuk beri kepada perempuan itu sebab patung itu dia order. Setelah
perempuan tersebut menerima patung itu, perempuan itu sangat gembira smpai
tidak tahu mahu cakap apa lagi. Perempuan itu telah menganggap patung itu
sebagai kawan rapatnya kerana setiap kali si lelaki buat masalah mesti dia akan
mengadu dengan patung itu dia amat sayang akan patung itu. Sebenarnya si lelaki
ini sangat sayang dengan si perempuan itu, tetapi si perempuan tidak dapat rasa
apa yang si lelaki itu buat. Apa yang si lelaki itu buat adalah untuk
membahagiakan si perempuan. Sampai satu masa, si lelaki ini berjanji akan
datang ke kampung si perempuan itu untuk berjumpa keluarganya bila lessen
kenderaannya siap. Tetapi halangan kita tidak tahu betul. Maka si lelaki itu
tidak dapat datang pada awalnya kerana lessen dia tidak siap lagi. Lalu si
lelaki berjanji akan datang ke kampung si perempuan setelah siap sahaja lessen
dia. Tiba-tiba si perempuan marah dan mengamuk kerana dia menyangka si lelaki
tidak akan datang, lalu dia marah si lelaki tersebut dia ingin memutuskan
hubungan mereka berdua, tetapi si lelaki berkeras untuk tidak mahu putus
hubungan dengan perempuan itu. Tetapi si perempuan tetap juga ingin berpisah,
alas an perempuan itu adalah dia terlalu merindu dan dia kecewa kerana si
lelaki terlalu banyak berjanji dan tidak di tepati. Sebenarnya si lelaki lagi
rindu dengan si perempuan sehinggakan tiap malam dia menanggis mengingati si
perempuan. Hanya baju dan bantal warna merah yang diberikan oleh si perempuan
itu yang menemani malam-malam sepinya dia peluk,dia cium untuk melepaskan rindu
terhadap perempuan itu. Tetapi si perempuan tidak tahu perasaan si lelaki macam
mana. Kalau boleh lelaki itu ingin balik ke kampung perempuan itu dengan
menaiki bas, tetapi si lelaki fikir yang dia telah janji dengan adik perempuan
itu yang dia akan membawa adik perempuan itu untuk mandi manda. Jadi dia
putuskan untuk ke sana dengan menaiki kenderaannya supaya dapat tunaikan dua
janji iaitu janji dengan si perempuan dan janji dengan adik si perempuan. Satu
hari, si perempuan telah berkata bahawa yang dia benci dengan lelaki itu, dia
muak, dia menyesal kenal dengan lelaki itu. Tetapi lelaki itu sudah tidak ada
perasaan akan makian dan hinaan perempuan itu kerana dia terlalu sayang akan
perempuan itu. Dia tidak kisah kalau orang cakap dia bodoh atau apa pun.
Mungkin bagi lelaki lain akan fikir kenapa masih sayang perempuan macam itu,
tapi bagi dia perempuan itu adalah separuh dari jiwanya. Dia tidak sanggup
untuk kehilangan perempuan itu kerena terlalu banyak kenangan yang indah telah
mereka cipta bersama. Lalu bagi memuaskan hati si perempuan si lelaki ikutkan
sahaja kemahuan si perempuan kerana takut si perempuan mencederakan dirinya
bila si lelaki tidak buat apa yang dia suruh. Tapi dalam hati lelaki itu dia
terlalu sayang akan perempuan itu. Dia yakin akan kuasa Allah S.W.T. yang dia
akan bersama dengan perempuan itu satu hari nanti. Jika masa dapat di ulang
lelaki itu akan tunjukkan semua kasih sayang dia terhadap perempuan itu tapi
dia tahu yang itu tidak akan terjadi. Kadang-kadang kita harus berkorban untuk
orang yang paling kita sayang, biarkan dia pergi mungkin suatu hari nanti dia
akan balik dengan kamu semula..
Sampai sini
sahaja luahan hati seorang lelaki, harap si perempuan dapat membaca dengan
hati. Kerana si lelaki menulis cerita ini dengan ikhlas dan hati yang sedih.
SEKIAN TERIMA KASIH….
Dipetik dari
hati seorang lelaki yang bernama HIDAYATULLAH BIN LADIRI.