Kisah percintaan mereka bermula di sebuah
university. mereka bertemu pada hari
orentasi yang bertarikh 11/07/2014. Pada malam itu si jejaka tersebut mencuba
untuk memikat hati si gadis tersebut, lalu si jejaka pun memberanikan dirinya
untuk tegur si gadis dengan keberanian si jejaka tersebut untuk menegur dan meminta
nombor telefon si gadis itu, si gadis tersebut memberikannya dengan ikhlas.
Pada hari itu, si jejaka belum lagi memulakan langkah untuk memikat gadis
tersebut. Selang beberapa hari si jejaka memberanikan diri untuk memulakan
perbicaraan mereka melalui mesej simpanan ringkas (SMS) lalu si gadis pun
membalas. Selepas daripada perbualan tersebut, mereka menjadi semakin rapat dan
rapat, si jejaka mula merasa cinta, sayang dan kasih terhadap gadis itu. Lalu
si jejaka memulakan langkah untuk menjadikan hubungan kawan kepada bercinta.
Lalu si jejaka pun meluahkan isi hatinya terhadap si gadis tetapi si gadis
berfikir panjang mungkin kerana si gadis takut untuk dipermainkan tetapi si
jejaka tetap berusaha kerana dia tau gadis tersebut mampu mengubah hidupnya dan
mampu membahagiakannya. Setelah si gadis mendengar segala luahan hati si
jejaka, si gadis pun menerimanya dengan berjanji untuk menjaga hatinya sebaik
mungkin maka si jejaka pun menerima janji tersebut. Selepas mereka bercinta
selama 1bulan lebih, si jejaka telah melupakan janji mereka dan si jejaka telah
jarang menghubungi si gadis tersebut tetapi si gadis tetap setia pada si jejaka
kerana si gadis terlalu menyanyangi jejaka itu. Setelah beberapa lama, si
jejaka dapat merasai kasih sayang yang tercipta antara mereka berdua dan si
jejaka pun kembali menghubungi si gadis seperti pertama kali mereka berhubung.
Pada semester kedua, mereka berdua kerap bersenam bersama-sama seperti berjogging.
Mereka akan pergi jogging bersama2 mula jam 5.55 hingga maghrib. Selepas dari
itu, mereka sudah mula rapat semula dan merindu yang tidak dapat di luahkan,
boleh dikatakan setiap hari mereka akan luahkan perasaan rindu masing-masing.
Selang beberapa bulan mereka menjalinkan hubungan. Si gadis telah berfikir dan
bertanya kepada si jejaka untuk bertunang, lalu si jejaka pun menerima dengan
gembira kerana pertama kali si jejaka menerima permintaan untuk bertunang dari
perempuan. Si jejaka yakin yang keputusan mereka itu betul. Lalu pada tarikh
02/01/2015 si lelaki menjadikan si gadis tunangnya dengan sendirinya, si jejaka
ingin merisik si gadis mengikut adat islam dan bukannya adat melayu yang
memerlukan orang ramai untuk merisik dan membawa dulang. Bagi si jejaka cukuplah
pertunangan itu sah di sisi agama islam biarlah bila dah bernikah nanti baru mengeluarkan
belanja yang banyak. Sejak dari hari tersebut mereka sangat bahagia, setiap
kali cuti mereka akan balik ke kampung bersama-sama kebahagiaan mereka sangat
tidak dapat ditunjukkan hanya mereka dan allah s.w.t sahaja yang tahu. Tetapi
dalam masa mereka bertunang, telah banyak dugaan yang mereka hadapi, tetapi
mereka cuba untuk selesaikan masalah tersebut dengan baik. Telah beberapa kali
mereka hampir untuk putus tunang tetapi mereka berusaha untuk mempertahan kan
pertunangan mereka, kerana mereka tahu bahawa dugaan masa bertunang sangat
besar kerana masa bertunang itu la kita akan mengenal pasangan kita dengan
lebih mendalam. Sehingga hari ini mereka masih bersama dan mereka telah lalui
banyak dugaan, betul kata orang “jika mahu hubungan kekal kita perlu mampu
untuk menghadapi masalah dan dugaan dengan lebih arif dan menyelesaikannya
bersama-sama dengan betul” setiap masalah dapat diselesaikan jika kita
menghadapi bersama-sama dan menyelesaikannya dengan cara yang betul. Kita perlu
bersama pasangan kita tidak kira diwaktu susah mahupun senang. Bukan mudah
untuk menyelesaikan masalah dengan baik, ia memerlukan seseorang antara setiap
pasangan untuk mengalah. Ingat mengalah bukan bererti kita ni salah atau pun
tidak menegakkan apa yang seharusnya kita tegakkan tetapi kadang-kadang kita
harus mengalah untuk kebahagiaan kita dan pasangan kita. Adakah kita ingin
beperang dingin dengan pasangan kita setiap hari,setiap masa, setiap saat?? Jika
ada pertekingkahan dalam perhubungan jangan la sama2 tidak mahu mengalah,
kerana apabila api bejumpa dengan api ia akan menjadi semakin marak. So kena la
ada seseorang antara kita menjadi air untuk memadamkan api tersebut.
Sampai sini sahaja yang saya mampu sampaikan kepada anda.
Hanya insan yang tahu cerita ini sahaja akan tahu siapa kah jejaka dan gadis
tersebut. Sama-sama kita mendoakan agar pasangan si jejaka dengan si gadis
bertahan sehingga ke syurga AMIN….